Photobucket

Tuesday, December 7, 2010

"..Lantaklah, suka aku lah nak tutup aurat ke hape, yang korang asyik nak dakwah aku ni pehal, korang baik sangat lah pulak," rintih seorang artis perasan cun.

Saja buat gimik dialog atas ni. Mulanya fawa nak buat tajuk rumahku, nerakaku. Dengar macam hampeh dan cuak lah pula. Jadi putuskan buat peribahasa tak seram sangat 'menjaga tepi kubur orang lain'. Kira orait-lah.

Menjaga tepi kubur orang lain memberi erti mengambil berat secara serius. Mengambil berat tentang orang lain amatlah dituntut. Contohnya berpesan supaya menjaga aurat dan berbuat baik pada kedua ibubapa. Walaupun diri bukanlah insan mulia, namun usaha sebagai penyebar risalah agama adalah satu usaha yang hebat. Sifat yang baik sentiasa dapat barakah. Bersabarlah wahai manusia kerana setiap yang baik pasti akan dapat balasan baik dari Maha Genius.

Sudah menjadi tanggungjawab seorang lelaki supaya sentiasa berpesan pada perempuan. Tak kiralah siapa perempuan itu. Akak, adik, bos, kekasih, anak jiran sebelah, pelakon drama, makcik kantin, bini Perdana Menteri, sapa-sapalah asalkan namanya perempuan.

Allah swt menyebut :

الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاء بِمَا فَضَّلَ اللّهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَبِمَا أَنفَقُواْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ

Ertinya : Lelaki itu adalah ketua ke atas wanita disebabkan kerana kurniaan yang diberikan kepada mereka dan disebabkan nafqah yang mereka berikan.. ( Al-Nisa : 43)

Bertepatan dengan ini, hendaklah seorang lelaki SALING BERPESAN sekiranya berdepan dengan situasi maksiat di depan matanya. Teguran amatlah digalakkan. Sebagai seorang abang atau adik, hendaklah berani menegur saudara perempuannya agar mengikut suruhan agama. Begitu juga sebagai seorang suami atau bapa. Senyum selalu dan bertindak rasional. 



terimakasih daun keLadi . . LikeLike

No comments:

Post a Comment

semua nie hasiL daripada jari jemari FAWA CHOYY